About

Nama saya Muhammad Iyas Ilias. Dulu saya blog guna domain enaku.com kerana di dalam forum terkenal WangCyber, nickname saya adalah AKU. Saya sangat dikenali sebagai En. Aku, AKU, Mr. Aku dan tentu sahaja BUKAN kuku.

Saya adalah penyumbang kedua tertinggi bawah sikit dari the infamous Mr. Smartzul.
Link untuk tengok penyumbang terbanyak: Klik sini

Gambar di sana bukan gambar betul saya. Ia adalah gambar Public Relation. Sebab tak ramai suka berkawan dengan orang tak hensem macam saya. Jadi kena guna gambar hensem sikitlah.

Saya masih muda, 25 tahun. Isteri saya pun 25. Friendster kami ada di sini: Friendster Caq N Iyas

Saya adalah penulis dan satu-satunya penjual ebuku PanduanSaham.com. Buku mengajar langkah demi langkah untuk mula main saham.  Tahukah anda, revenue saya melebihi RM20,000 melalui ebuku tersebut sahaja?

Saya suka memikirkan pelbagai idea baru untuk mewarnai dunia internet di Malaysia. Antara idea yang mendapat sedikit momentum adalah Rakan IM. Rakan IM saya jadikan alat perhubungan saya dengan mereka yang turut menjana wang di internet. Ia juga tempat orang ramai mendapat promosi jualan dari IM (internet marketeer) tempatan. Anehnya, ia masih sebuah kelab PERCUMA!

Banyak lagi idea yang akan saya ketengahkan. Maklumlah, banyak masa terluang.

Saya juga venture dalam perniagaan webhosting. Ia adalah penyedia hosting dan domain. Kecil-kecilan sahaja. Yang baiknya, ia ada personal touch. Dari saya sendiri. Saya namakan ia Cube.My.

Saya masih mengendalikan forum BuySignal.Net, forum membincangkan pasaran saham Bursa Malaysia. Ia agak suram, saya tak mampu nak memeriahkannya. Mungkin anda ada idea?

Baiklah, itulah serba sedikit latar belakang saya. Harap anda tak bosan membacanya.

Anda boleh follow saya melalui: Twitter Iyas

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud