Berhati-hati di Forum

Salam hormat,

Anda perlu berhati-hati ketika berkomunikasi di dalam forum. Ini bagi mengelakkan diri dibenci atau disalahanggap. Tidak dinafikan, kita tidak dapat menghalang sesiapa daripada berprasangka buruk terhadap kita, tetapi kita sendiri hendaklah melakukan beberapa langkah pencegahan.

Berikut saya kemukakan langkah-langkah mudah mengelak dari disalahanggap:

  1. Elakkan menulis tanpa penjelasan yang memuaskan. Kadang-kadang kita sudah terbiasa bercakap sepatah atau dua patah kata sahaja di dalam perbualan kita di rumah, sekiranya diaplikasi di dalam forum, ia mungkin mengundang salah faham. Contohnya, kita membalas topik dengan ayat “tidak mahu”. Ayat ini boleh dianggap sebagai satu provokasi.Ia boleh ditafsir dengan pelbagai soalan seperti: Apa yang anda tidak mahu?; Anda tidak bersetuju dengan saya?; Kenapa anda tulis “tidak mahu” sedangkan saya tidak menjangkakan jawapan sebegini? Pembuka topik biasanya akan bersalahsangka sekiranya ayat pembukanya yang berjela-jela dijawab dengan 2 perkataan sahaja!
  2. Elakkan nada perkauman. Sungguhpun majoriti pengguna forum adalah sebangsa dan seagama dengan kita, kita perlu sedar, forum bebas diakses oleh sesiapa sahaja. Jadi, elakkan nada perkauman kerana ia mengundang kemarahan orang lain disamping ia merosakkan cara kita berfikir. Pernah terjadi di forum terkenal WangCyber.com, seorang pembalas topik mengatakan, “rezeki adsense awak tak halal sebab awak guna perempuan telanjang sebagai daya penarik”, padahal pihak ketiga tersebut adalah seorang bukan Islam. Adakah dia akan ambil pusing tentang halal dan haram di dalam Islam?
  3. Masukkan emosi. Salah faham sering terjadi terhadap balasan-balasan topik yang tidak mempunyai sentuhan emosi. Saya pernah bereksperimen dengan menulis satu thread memberi amaran kepada spammer. Saya tidak memasukkan sebarang emosi di dalam thread tersebut. Saya tidak memasukkan kebiasaan ‘gelak jahat’ dan ‘ketawa kecil’ seperti ‘hehehe’ dan ‘hahaha’. Hasilnya? Tulisan saya dianggap serius walhal semasa menulis saya tidak henti-henti tersenyum! Jadi sekiranya anda marah, masukkan emosi marah dan sekiranya anda bermaksud bergurau, masukkan emosi gurauan. Sebab itulah emoticon seperti :) , :( dan ini :D amat penting dalam komunikasi anda.

Begitulah sedikit sebanyak cadangan yang dapat saya buat. Sekiranya anda ada nak tambah, sila-silakanlah membalas topik ini.

This entry was posted on Thursday, November 13th, 2008 at 11:32 am and is filed under artikel. Find similar posts by selecting any of the following tags: , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Comments so far

  1. hehe. betul tu. :D

  2. Ya benar..
    saya mengikuti forum brunei bawah tajuk yg saya sendiri buka thread, tak terkawal keadaan ..sampai naik jelak saya ada yang bawa bermacam2 makian yang cukup muak dibaca..

    jika ada yang nak tahu cerita pun jadi benci dengan situasi ini…

    tk

  3. Satu panduan yang berguna untuk forumer terutamanya newbie macam saya ni. Kadang-kadang tu takut nak post satu-satu msg, apatah lagi nak buka thread. Maklumlah, kita sebagai orang baru kena jaga adab bila masuk di rumah orang. Sedikit sebanyak, panduan ringkas ini dapat memberikan input kepada saya untuk menjadi seorang forumer yang beretika. :)

  4. betul tue… kalau terlalu havoc pun leh buat orang nyampah…

    Apapun, thanks…

    artikel nie di link kan ke blog saya…

    http://kilasblogs.blogspot.com/

    join forum,

    http://weblogscentre.com

    Thanks

Have your say

Fields in bold are required. Email addresses are never published or distributed.

Some HTML code is allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
URIs must be fully qualified (eg: http://www.domainname.com) and all tags must be properly closed.

Line breaks and paragraphs are automatically converted.

Please keep comments relevant. Off-topic, offensive or inappropriate comments may be edited or removed.

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud