Usia 40 tahun - BERSARA
Menurut Utusan Malaysia, usia 40 tahun adalah usia untuk bersara, atau hampir bersara. Nampaknya Utusan Malaysia mempunyai mentaliti usahawan internet. Bersara pada usia 40 tahun! Yeay!
Tak percaya ia dari Utusan? Lihat sini. Saya simpan screenshotnya, manalah tahu ‘terhilang’ pula.
Pada Perenggan 10 berbunyi:
Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya.
Pada Perenggan 16 berbunyi:
Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.
Analisis
Ahmad sudah menghampiri usia bersara. Pada tahun 1969, Ahmad belum dilahirkan. Maksudnya umur Ahmad sekarang adalah tidak lebih dari 39 tahun. Kesimpulannya, umur 40 tahun adalah umur persaraan cadangan Utusan Malaysia. Hehe.
Yok sambung kerja…
This entry was posted on Wednesday, October 15th, 2008 at 11:27 am and is filed under jokes, politik. Find similar posts by selecting any of the following tags: cerpen, politik, umno, utusan malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
on October 15, 2008 at 11:29 am Umur bersara adalah 40 tahun - Utusan Malaysia - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia wrote:
[...] Nak dengar pendapat korang… reply jangan tak reply. Utusan Malaysia mencadangkan umur 40 tahun: Usia 40 tahun - BERSARA | IyasIlias.com __________________ BARU: Iklan Berita Harian ████FORMAT lagi BARU dari [...]
on October 15, 2008 at 3:35 pm Muahaha wrote:
Macam cerita bollywood. Kita boleh ambil Datuk Michelle Yeoh jadi YB J dan Datuk Shah Rukh Khan jadi Lelaki melayu tu. Gerenti epic box-office.
Pasal 40 tahun bersara tu, saya rasa Utusan tak mahu kalah dengan NST sebab CEO NST yang dah jadi billionaire sebelum umur 40 tahun. Inilah bezanya jilat bontot orang dengan jilat bontot sendiri.
Muahaha