Forum Spamming - Hindari!

Salam,

Apa itu forum spamming?
Forum spamming adalah membuka topik yang tidak ada kaitan dengan sesebuah forum yang disertai ataupun membalas topik tanpa ada kaitan dengan topik yang dibincangkan.

Biasanya spammer terdesak mempromosi laman jualan mereka. Tidak hanya kerana mempromosi servis atau produk anda, malah mempromosi blog anda di dalam topik yang tidak berkenaan juga dianggap sebagai forum spamming.

Ada juga sejenis forum spamming yang boleh dimaafkan. Bergantung kepada peraturan dan penguatkuasaan pengurusan forum. Forum spamming yang dimaafkan adalah balasan-balasan sampah kepada sesuatu topik.

Apa itu balasan-balasan sampah? Balasan-balasan ini terdiri daripada sembang-sembang kosong yang tidak memberi nilai tambah kepada topik yang dibincangkan. Spam jenis ini biasanya dimaafkan di dalam forum yang mementingkan kemeriahan forum mereka.

Ada juga spam yang sudah tidak lagi menjadi spam. Pada masa dahulu, membalas topik dengan hanya 5 perkataan ke bawah dianggap spam. Tetapi rasanya ia sudah tidak menjadi kesalahan. Tambahan ia adalah salah satu strategi yang digunakan di dalam forum jual beli. Biasanya pembuka topik akan mengakhiri promosi jualan mereka dengan ayat, “Sesiapa berminat sila balas Saya berminat, sila PM“. Maka dijangkakan ramai akan membalas Saya berminat, sila PM. Ini adalah strategi memastikan topik yang dibuka sentiasa hidup dan hot(berada di kedudukan teratas diantara banyak-banyak topik).

Tips mengelakkan menjadi forum spammer

  1. Jika mahu mempromosi blog atau laman komersil, pastikan dibuat pada tempat yang bersesuaian.
  2. Sentiasa membalas mengikut topik yang dibincangkan
  3. Jika anda ketagih untuk sembang kosong, silakan, tetapi pastikan ada sedikit tambahan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini bagi mengelakkan balasan anda menjadi 100% sembang kosong.
Artikel di atas adalah berkenaan forum spamming. Hindarilah. Selain forum spammer, mereka-mereka yang dibenci di dalam sesebuah forum adalah
  • Thread hijacker
  • Flamer
  • Provocateur (oh, teringat abgX of WC) 
Jika ada kesempatan, saya akan huraikan jenis-jenis penjenayah forum di atas.

This entry was posted on Monday, October 20th, 2008 at 12:58 am and is filed under artikel. Find similar posts by selecting any of the following tags: . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Comments so far

  1. cuba hg explain tengok 3 jenih spammer tu lagik

  2. [...] saya kepada yang menulis di sini, sila baca 2 tulisan saya, dan fikirkan mana satu anda.. 1- Forum Spamming - Hindari! | IyasIlias.com 2- Penjenayah Forum. Lanjutan “Forum Spamming - Hindari!” | IyasIlias.com Sekali [...]

  3. Huhu..memang kene ngan thread tu…hehe

Have your say

Fields in bold are required. Email addresses are never published or distributed.

Some HTML code is allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
URIs must be fully qualified (eg: http://www.domainname.com) and all tags must be properly closed.

Line breaks and paragraphs are automatically converted.

Please keep comments relevant. Off-topic, offensive or inappropriate comments may be edited or removed.

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud