KelabSaham.com

KelabSaham.com akan dilancarkan awal Januari depan.

Mekanisma pemilihan saham bagi ahli kelab masih dirangka.

Sumber maklumat sudah ditemui, tetapi memerlukan kos.

Berkemungkinan, keahlian berbayar akan dilaksanakan bagi kelab ini.

Apa pendapat anda?

1 Minggu Line Down & Quote of The Day

Dowh, sakit betul bila line down. Kerja terbengkalai. Terpaksa online di Kedai TM. Hehe.

Quote of the day:

Getting it on the shelves is generally the easy part, getting it off them is where most of your focus will need to be.

Brad Sugars bila ditanya tentang cara mengedarkan barangan ke kedai-kedai.

Raya Korban

Mesej ini saya tulis awal, tetapi disetkan untuk dipaparkan sempena raya korban ini.

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Hari ini muslimin dan muslimat merayakan suatu hari kebesaran yang sangat berkaitan dengan pengorbanan.

Tahukah anda, apakah pengorbanan pertama yang dicatat sejarah?

Setahu saya, ia adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Habil dan Qabil.

Sesungguhnya, pengorbanan yang dilakukah oleh Habil diterima Tuhan. Pengorbanan beliau sungguh ikhlas.

Pengorbanan kedua yang berada di dalam pengetahuan saya adalah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim diperintahkan Tuhan untuk mengorbankan anaknya. Dan pengorbanan itu dituruti dengan taat.

Bagi saya, kedua-dua peristiwa penting ini mengajar kita erti keikhlasan dan ketaatan kepada Pencipta.

Anda setuju? Bagaimana pula cerita pengorbanan anda?

Cuti-cuti Malaysia

Baru-baru ini saya tidak online kerana bercuti di Cameron Highlands.

Seronok berjalan dengan keluarga.

Gambar yang dirakam akan dimasukkan ke dalam friendster saya.

Anda bercuti ke mana?

p/s: bercuti ke sini memberi saya satu lagi idea perniagaan. Yeay!

Jika Anda Kaya, Tidak Bijak Jika Tiada Insurans Peribadi

Jika anda kaya, adalah tidak bijak jika anda tidak ada insurans peribadi.

Jika anda kaya, anda tentu dikenakan cukai.

Tahukah anda, ada potongan cukai jika anda mengambil insurans?

Duit yang sepatutnya anda bayar kerajaan, anda gunakan untuk membayar perlindungan diri anda.

Jadi, bukankah tidak bijak jika anda tidak mengambil insurans?

Fikir-fikirkan.

Walaupun saya belum kaya, saya sudah pun mengambil insurans peribadi. Anda bila lagi?

Pastikan agen insurans anda adalah seorang yang berdedikasi, macam kawan saya, Azmi Jahaya of AzmiJahaya.net.

Minggu Yang Sibuk

Salam,

Minggu ini saya sangat sibuk dengan pelbagai urusan online dan offline

  • Memproses tempahan ebuku PanduanSaham.com
  • Design ’sesuatu’ untuk dicetak - Projek Azril Adha
  • Desak pembekal untuk selesaikan masalah Raja Kamil
  • Reka Plan baru berdasarkan permintaan
  • Pengurusan kewangan untuk kemudahan masa hadapan
  • Terbaru, duplicate blog lama saudara Azmi ke AzmiJahaya.net
Anda sibuk minggu ini?

Hosting Pertama

Masih ingat lagi, domain berbayar pertama saya adalah ems2k.com

Wah, betapa susahnya nak hafal domain ni. Sesusah domain blog ini. Tapi blog ini tak apalah, blog ini guna nama saya. Kalau saya beli muhammadiyasilias.com atau muhammadiyasbinilias.com tentulah lagi susah orang nak hafal. Hehe.

ems2k tu singkatan kepada eX mAAHAD sTUDENTS 2 K(thou’). Ala, zaman y2k dulu, famous la perkataan 2k ni.. Saya beli dari satu syarikat yang beroperasi di Terengganu.

Niat dihati nak buat komuniti untuk bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Star Class of 2000. Tapi saya ni tak ada bakat nak uruskan sesuatu komuniti. Berkuburlah web tu.

Dulu kalau nak buat komuniti, orang guna Postnuke, phpnuke.. sekarang orang dah guna joomla, wordpress.

Akan datang? Entahlah. Harapnya ketika itu saya menjadi salah seorang tenaga penggeraknya.

Baiklah, apa pula domain pertama anda?

Jangan Sakit Hati

Pemilihan domain dan hosting provider adalah kritikal dalam perniagaan internet.

Cuba anda pilih antara 3 di bawah:

  1. Murah tapi kerap down
  2. Mahal tapi jarang atau hampir pasti tidak akan down
  3. Sederhana tetapi jarang down

Memanglah tidak dinafikan, semua orang nak murah dan tidak akan pernah down… tetapi be realistic-lah.

Jadi apa pilihan anda? Jika anda pilih 1, maka janganlah sakit hati dan melalak di dalam forum memburukkan nama hosting provider chap ayam berkenaan. Anda yang memilih mereka. Pilihan adalah ditangan anda.

Bagi kami di Cube.My, kami tidak bersaing dari segi harga. Kami mempertaruhkan kredibiliti prestasi server kami. Kami adalah hosting provider sederhana. Buat bisnes, biar hati tenang.

p/s: Saya sedang mempertimbangkan kemasukan suntikan modal bagi membuat promosi agresif. Tetapi ia masih diperingkat rancangan.

Sambutan Menggalakkan - KelabSaham.com

Nampaknya sambutan - dari pembeli ebuku - terhadap KelabSaham.com amat menggalakkan.

Suka saya maklumkan di sini, bahawa tidak semua akan terpilih menyertai kelab ini. Sebelum hari pelancaran pada 1 Januari 2009, saya akan lakukan sedikit temuduga kemasukan. Ini bagi mempastikan ahli kelab terdiri daripada mereka yang betul-betul sesuai dengan tujuan dan perjalanan kelab nanti.

Kepada yang berminat dan belum mendaftar pra keahlian, sila layari http://www.kelabsaham.com untuk mendaftar.

Projek Terbaru

Terhangat di Pasaran!

Saya akan melancarkan projek terbaru pada 1 Januari 2009.

Projek berkaitan saham ini adalah lanjutan daripada sambutan hangat terhadap ebuku saya PanduanSaham.com.

Projek tersebut akan beroperasi di alamat ini: http://www.kelabsaham.com

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    July 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  6. Tag Cloud