Cadangan Terbuka Buat Labanon

Cadangan Terbuka buat Labanon yang sedang melancarkan Pakej NiagaKit.

  • Berikan tempoh percubaan selama 14 hari
  • Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati(kes terpencil), refund kecuali pendaftaran domain RM100

Biasanya pelanggan mahu melakukan bisnes dalam jangka masa panjang. Berikan peluang kepada mereka untuk mencuba kehebatan NiagaKit. Berikan keyakinan kepada mereka untuk mencuba.

Kit ini adalah apa yang saya cari di dalam projek lama saya(belum lancar). Saya pasti tidak akan mensia-siakan peluang kali ini. Doakan kejayaan projek saya dengan bantuan NiagaKit ini.

Hasil Teknik Mengawal Spam

Salam,

Sebelum ini, saya pernah mengajar cara mengawal spam.

Untuk pengetahuan anda, teknik yang saya ajar bukan sahaja dapat mengawal spam, malah kita dapat mengetahui usahawan internet manakah yang menjual email kita ataupun menggunakan aktiviti spam melalui identiti yang dirahsiakan.

Jadi, amaran kepada spammer, saya tahu siapa anda, keluarkan email saya dari list secara berhemah sebelum saya menggunakan ‘another trick up my sleeve’.

Kawal Link Pemasaran Anda

Artikel dari Saudara Amirol ini menarik dan sangat baik untuk dibaca. Sebab itulah saya masukkan dalam nota saya.

Jika anda seorang pemasar internet, anda wajib baca artikel ini. (Artikel Amirol: Kawal Link Pemasaran Anda!)

Cuma saya nak buat sedikit penambahan, bagi step ke-3, masukkan code di bawah ke dalam file index.php anda.

<?php

header(”Location: http://laman-affiliate-anda-sertai.com”);

?>

Selamat mencuba!

Meniru Kelainan

MohdIsmail.Net mungkin telah dikenali ramai. Saya juga pernah mendengar nama ini.

Pada 15 Oktober yang lepas, nampaknya beliau telah menyertai satu acara meningkatkan kesedaran tentang kemiskinan. Dengan isi dan cara beliau yang tersendiri.

Bagi setiap komen, beliau akan sumbangkan RM0.25 kepada badan kebajikan yang ditentukan oleh beliau. Great Idea!

Saya ingin meniru cara beliau ini. Tetapi bukan pada post kali ini. Pada post di lain kali.

Ideas are bulletproof - V

Berpijak Pada Bumi Yang Nyata

Saya selalu impikan memiliki gergasi perniagaan. Online mahupun Offline.

Saya sentiasa mengejar yang lebih besar.

Bagi saya, menjual ebuku PanduanSaham.com adalah ibarat membuka gerai ditepi jalan. Tidak boleh bergantung kepadanya sahaja.

Memang benar tidak boleh bergantung kepada penjualan ebuku semata-mata, tetapi tidaklah boleh ditinggalkan begitu sahaja.

Saya terlalu asyik mengejar yang besar-besar, sedangkan yang kecil belum dibangunkan sepenuhnya.

Berpijak pada bumi yang nyata, mana mungkin menjadi gergasi, jika hidup sebagai si kerdil masih belum dapat  diatasi.

Sekarang, saya sudah membuka ‘gerai-gerai kecil’, tetapi nafsu saya terhadap yang besar-besar pasti tidak akan berubah!

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud