Usia 40 tahun - BERSARA

Menurut Utusan Malaysia, usia 40 tahun adalah usia untuk bersara, atau hampir bersara. Nampaknya Utusan Malaysia mempunyai mentaliti usahawan internet. Bersara pada usia 40 tahun! Yeay!

Tak percaya ia dari Utusan? Lihat sini. Saya simpan screenshotnya, manalah tahu ‘terhilang’ pula.

Pada Perenggan 10 berbunyi:

Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya.

Pada Perenggan 16 berbunyi:

Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.

Analisis
Ahmad sudah menghampiri usia bersara. Pada tahun 1969, Ahmad belum dilahirkan. Maksudnya umur Ahmad sekarang adalah tidak lebih dari 39 tahun. Kesimpulannya, umur 40 tahun adalah umur persaraan cadangan Utusan Malaysia. Hehe.

 

Yok sambung kerja…

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud