KelabSaham.com akan dilancarkan awal Januari depan.
Mekanisma pemilihan saham bagi ahli kelab masih dirangka.
Sumber maklumat sudah ditemui, tetapi memerlukan kos.
Berkemungkinan, keahlian berbayar akan dilaksanakan bagi kelab ini.
Apa pendapat anda?
Dowh, sakit betul bila line down. Kerja terbengkalai. Terpaksa online di Kedai TM. Hehe.
Quote of the day:
Getting it on the shelves is generally the easy part, getting it off them is where most of your focus will need to be.
- Brad Sugars bila ditanya tentang cara mengedarkan barangan ke kedai-kedai.
Mesej ini saya tulis awal, tetapi disetkan untuk dipaparkan sempena raya korban ini.
Selamat Hari Raya AidilAdha.
Hari ini muslimin dan muslimat merayakan suatu hari kebesaran yang sangat berkaitan dengan pengorbanan.
Tahukah anda, apakah pengorbanan pertama yang dicatat sejarah?
Setahu saya, ia adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Habil dan Qabil.
Sesungguhnya, pengorbanan yang dilakukah oleh Habil diterima Tuhan. Pengorbanan beliau sungguh ikhlas.
Pengorbanan kedua yang berada di dalam pengetahuan saya adalah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim diperintahkan Tuhan untuk mengorbankan anaknya. Dan pengorbanan itu dituruti dengan taat.
Bagi saya, kedua-dua peristiwa penting ini mengajar kita erti keikhlasan dan ketaatan kepada Pencipta.
Anda setuju? Bagaimana pula cerita pengorbanan anda?
Salam hormat,
Saya dan isteri ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya AidilAdha
kepada seluruh pengunjung blog ini.
Ikhlas,
Iyas dan Khalilah
Baru-baru ini saya tidak online kerana bercuti di Cameron Highlands.
Seronok berjalan dengan keluarga.
Gambar yang dirakam akan dimasukkan ke dalam friendster saya.
Anda bercuti ke mana?
p/s: bercuti ke sini memberi saya satu lagi idea perniagaan. Yeay!