Balai Polis Trafik Alor Star Memerlukan Bantuan Anda!

Beberapa hari sebelum raya, saya mengalami kemalangan ringan. Kereta saya dilanggar oleh sebuah Ford Ranger yang mengundur menyebabkan bonet depan kereta saya kemek. Baiklah ini mukadimah. Jom ke isi.

Selepas raya, pada 6 Oktober 2008, saya menghantar surat(by hand) ke pengurusan balai untuk memohon dokumen-dokumen berikut:

  1. Report pihak ketiga
  2. Gambarajah kasar kemalangan
  3. Keputusan kes

Setelah dua minggu berlalu dan dua tiga kali keluar masuk balai, akhirnya, kerani yang menguruskan hal tersebut, Puan Nurul(PN), berdialog dengan saya di dalam telefon:

PN: Encik, tidak dapat serahkan dokumen sebab mesin potostat rosak. Kalau nak potostat luar, takkanlah saya nak guna duit saya pulak

Saya: Tak apa, biar saya tolong potostatkan

PN: Tak boleh, encik. Dokumen ini sulit

Saya: Sulit? Bukan ke nak bagi pada saya jugak akhirnya?

PN: Tak boleh bawak keluar dokumen asal, encik

Kelu lidah den. Sepatutnya den tanya, takkanlah satu balai guna satu mesin potostat saja!!

Kepada mereka yang mempunyai mesin potostat lebih, Balai Polis Trafik Alor Star sangat memerlukan bantuan anda!

p.s: Mujurlah slogan Kedah Maju 2010 ditarik balik.

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    July 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  6. Tag Cloud