Bagaimana Mengawal Spam Cara Saya

Dah bosan dengan spam?

1. Gunakan Gmail. Setiap email yang ditandakan dengan ‘Spam’, insyaALLAH tidak akan menjelma lagi di dalam Inbox anda.

Itu sahaja cara paling berkesan sekiranya anda TELAH diserang oleh spam.

Anda sayang dengan nama email anda seperti sayangemail@streamyx.com atau seumpamanya?

Mudah sahaja, daftar 1 akaun Gmail dan buat setting pada Gmail tersebut bagi mengutip setiap email yang diterima oleh sayangemail@streamyx.com. Bagaimana caranya??

  • Daftar 1 akaun Gmail
  • Login akaun Gmail tersebut
  • Klik link Settings dan klik Tab Accounts
  • Pada bahagian Get mail from other accounts:, klik link Add another mail account
  • Sentiasa login akaun Gmail tersebut untuk membuka email anda(sayangemail@streamyx.com).

2. Buat akaun unik. Sekiranya anda mempunyai domain sendiri, berikut adalah cara saya mengawal spam.

  • Set akaun utama anda sebagai catch-all
  • Berikan akaun email anda mengikut jenis audience

 
Apa maksudnya memberi email mengikut jenis audience?

Contoh

Sekiranya anda melawati RahsiaNewbie.com dan diminta memasukkan email, masukkan email rahsianewbie@domainanda.com

Sekiranya anda berinteraksi di WangCyber dan meninggalkan email di forum, tinggalkan email wangcyber@domainanda.com

Sekiranya anda membuat iklan, berikan pengiklan anda alamat email: iklan@domainanda.com

Get the idea?

Semua email yang tidak wujud ini(rahsianewbie@domainanda.com, wangcyber@domainanda.com dan iklan@domainanda.com) akan masuk ke dalam akaun utama anda(kerana ia diset sebagai catch-all).

Sekiranya anda dapati mana-mana email yang tidak wujud ini diserang oleh spam, wujudkan email tersebut. Ini menyebabkan spam tidak akan sampai ke akaun utama anda.

Biarkan email yang baru diwujudkan tersebut dipenuhi dengan spam dan anda tidak perlu lagi membeleknya!

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud