Berhati-hati di Forum

Salam hormat,

Anda perlu berhati-hati ketika berkomunikasi di dalam forum. Ini bagi mengelakkan diri dibenci atau disalahanggap. Tidak dinafikan, kita tidak dapat menghalang sesiapa daripada berprasangka buruk terhadap kita, tetapi kita sendiri hendaklah melakukan beberapa langkah pencegahan.

Berikut saya kemukakan langkah-langkah mudah mengelak dari disalahanggap:

  1. Elakkan menulis tanpa penjelasan yang memuaskan. Kadang-kadang kita sudah terbiasa bercakap sepatah atau dua patah kata sahaja di dalam perbualan kita di rumah, sekiranya diaplikasi di dalam forum, ia mungkin mengundang salah faham. Contohnya, kita membalas topik dengan ayat “tidak mahu”. Ayat ini boleh dianggap sebagai satu provokasi.Ia boleh ditafsir dengan pelbagai soalan seperti: Apa yang anda tidak mahu?; Anda tidak bersetuju dengan saya?; Kenapa anda tulis “tidak mahu” sedangkan saya tidak menjangkakan jawapan sebegini? Pembuka topik biasanya akan bersalahsangka sekiranya ayat pembukanya yang berjela-jela dijawab dengan 2 perkataan sahaja!
  2. Elakkan nada perkauman. Sungguhpun majoriti pengguna forum adalah sebangsa dan seagama dengan kita, kita perlu sedar, forum bebas diakses oleh sesiapa sahaja. Jadi, elakkan nada perkauman kerana ia mengundang kemarahan orang lain disamping ia merosakkan cara kita berfikir. Pernah terjadi di forum terkenal WangCyber.com, seorang pembalas topik mengatakan, “rezeki adsense awak tak halal sebab awak guna perempuan telanjang sebagai daya penarik”, padahal pihak ketiga tersebut adalah seorang bukan Islam. Adakah dia akan ambil pusing tentang halal dan haram di dalam Islam?
  3. Masukkan emosi. Salah faham sering terjadi terhadap balasan-balasan topik yang tidak mempunyai sentuhan emosi. Saya pernah bereksperimen dengan menulis satu thread memberi amaran kepada spammer. Saya tidak memasukkan sebarang emosi di dalam thread tersebut. Saya tidak memasukkan kebiasaan ‘gelak jahat’ dan ‘ketawa kecil’ seperti ‘hehehe’ dan ‘hahaha’. Hasilnya? Tulisan saya dianggap serius walhal semasa menulis saya tidak henti-henti tersenyum! Jadi sekiranya anda marah, masukkan emosi marah dan sekiranya anda bermaksud bergurau, masukkan emosi gurauan. Sebab itulah emoticon seperti :) , :( dan ini :D amat penting dalam komunikasi anda.

Begitulah sedikit sebanyak cadangan yang dapat saya buat. Sekiranya anda ada nak tambah, sila-silakanlah membalas topik ini.

Pembuli Forum

Pembuli forum adalah merujuk kepada mereka yang suka membuli ahli baru sesuatu forum. Perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai membuli di dalam forum adalah

  1. Meminta seseorang ahli forum membuat post di bahagian forum pengenalan sebelum bertanyakan apa-apa soalan. Tidak dinafikan adalah menjadi adab yang baik membuat post pertama di forum pengenalan, tetapi meminta ahli berkenaan melakukannya adalah suatu perbuatan membuli.
  2. Menghalang seseorang ahli forum mendapatkan penjelasan melalui forum terbuka. Kebanyakan forum mempunyai bahagian yang dikenali sebagai “Komen dan Report”. Pembuka thread di bahagian ini tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan penjelasan. Menafikan haknya adalah suatu perbuatan membuli.

Moderator sesuatu forum biasanya disalahanggap sebagai pembuli di dalam forum. Adalah menjadi hak moderator menjalankan tugasnya. Beliau wajar dianggap membuli hanya sekiranya tindakannya melampaui peraturan dan tatacara forum.

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    July 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  6. Tag Cloud