Maybank2u.com - Wajah Baru, Prestasi Semakin Teruk!

Maaf kerana tajuk agak keras.

1. Lambat load. Kalau betul pun u rasa laju, saya pelanggan Broadband Terlaju di Malaysia dengan bayaran RM110 sebulan, masih tak rasa laju, nak laju tara mana lagi?

2. Tiada beta release. You dah buat beta release ke sebelum ni? Ini main terus keluarkan, macamana u track performance, usability, user-friendly ke tak?

3. Detail transaksi masih tidak detail sama seperti dulu. Tirulah CIMB, penerima boleh tengok nama orang yang transfer masuk duit ke akaun penerima. Ini tak, masih email notification seperti dulu. Cuba bayangkan, saya transfer duit ke akaun adik saya, tetapi email saya letak email orang lain, dan mati-matian saya minta orang lain tersebut ‘mengembalikan’ duit saya. Tak ke haru?

Malas nak komen lebih-lebih. Kalau masih tak berubah, CIMBClicks mungkin akan menjadi pilihan utama pengusaha internet Malaysia.

Apa-apa pun, syabas. Memang design kali ini menawan hati.

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    March 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  6. Tag Cloud