Raya Korban

Mesej ini saya tulis awal, tetapi disetkan untuk dipaparkan sempena raya korban ini.

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Hari ini muslimin dan muslimat merayakan suatu hari kebesaran yang sangat berkaitan dengan pengorbanan.

Tahukah anda, apakah pengorbanan pertama yang dicatat sejarah?

Setahu saya, ia adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Habil dan Qabil.

Sesungguhnya, pengorbanan yang dilakukah oleh Habil diterima Tuhan. Pengorbanan beliau sungguh ikhlas.

Pengorbanan kedua yang berada di dalam pengetahuan saya adalah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim diperintahkan Tuhan untuk mengorbankan anaknya. Dan pengorbanan itu dituruti dengan taat.

Bagi saya, kedua-dua peristiwa penting ini mengajar kita erti keikhlasan dan ketaatan kepada Pencipta.

Anda setuju? Bagaimana pula cerita pengorbanan anda?

Ucapan Raya AidilAdha

Salam hormat,

Saya dan isteri ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya AidilAdha

kepada seluruh pengunjung blog ini.

Ikhlas,

Iyas dan Khalilah

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    September 2010
    M T W T F S S
    « Dec    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  6. Tag Cloud